Kambing dan lembu terbaik dari ladang





Kami menjual kambing import, kambing kacukan seperti kambing farel, kambing boer cross jamnapari, kambing boer cross dan lembu baka kedah-kelantan. Kami juga menyediakan perkhidmatan penyembelihan, melapah daging, catering dan BBQ. Sebarang pertanyaan boleh diajukan pada Md Noor 013-2006840 @ Mior 0196370661

10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil

Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini……..

1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya.

Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan.Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.

2. Tiada Pelan Pemasaran

Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.

3. Tidak mengenali pelanggan anda

Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.

4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat

Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.

5. Tidak peduli tentang kakitangan

Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!


6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti

Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.

7. Tiada pelan penjualan.

Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.


8. Penyendiri

Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.

9. Tiada 'Mastermind'

Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.

10. Berputus Asa

Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.


sumber: http://www.punb.com.my/index.php?ch=bm_med&pg=bm_med_biztip&ac=46

100 usahawan sarang burung walet

Harian Metro 11 January,2008 (Jumaat)Oleh Mohd Husni Mohd Noor


GLOBAL Excellent Marketing (GEM), perunding dan pakar reka bentuk rumah burung layang-layang mahu melahirkan kira-kira 100 usahawan Bumiputera bagi memperluas industri ternakan itu.

Bagi mencapai sasaran itu, GEM akan bekerjasama dengan beberapa kementerian dan agensi kerajaan termasuk Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk menganjurkan seminar dan kursus kepada sesiapa yang berminat.

Perunding Pemasaran GEM, Abdul Aziz Mohd Rejab, berkata pihaknya akan mengadakan pameran bergerak dan kursus sehari di seluruh negara mulai Februari depan bagi memberi pendedahan kepada orang ramai terutama Bumiputera mengenai potensi industri ini.

Menurutnya, kursus dan pameran bergerak itu akan dikendalikan oleh cabang perniagaan GEM iaitu Global Entrepreneur Centre (GEC).“Kursus itu merangkumi aspek pengenalan dan latar belakang industri, potensi pelaburan, reka bentuk rumah burung walet, pengurusan projek dan teknologi yang digunakan, hasil dan keuntungan, risiko dan tip penting penentu kejayaaan dan kegagalan ternakan.“Setiap peserta kursus juga akan diberikan sijil oleh JPH bagi melayakkan mereka momohon untuk menjalankan industri ternakan itu pada masa depan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Batu Caves.

Katanya, pihaknya yakin dapat membangun dan membaik pulih sekurang-kurangnya 100 bangunan untuk dijadikan rumah burung layang-layang yang dijangka diperolehi hasil daripada sambutan orang ramai terhadap kursus dan pameran bergerak yang diadakan itu.

Selain itu, GEM turut membuka peluang kepada pelabur yang berminat untuk membina rumah ternakan itu di mana segala pembangunan dan reka bentuk akan diuruskan oleh GEM.“GEM pula akan mendapat hak perkongsian sebanyak 20 peratus daripada projek ternakan itu dan segala urusan kutipan hasil dan pengurusan bangunan itu akan dikendalikan sepenuhnya oleh kami,” katanya.

Abdul Aziz berkata, usahawan Bumiputera perlu mengambil peluang ini memandangkan ia mampu memberi pulangan sehingga 90 peratus selain pasaran sarang burung walet itu sendiri yang boleh mencecah antara RM4,500 hingga RM5,000 sekilogram.

Buat masa ini, terdapat sekurang-kurangnya 10,000 hingga 12,000 buah rumah ternakan itu di seluruh negara yang kebanyakannya berada di Perak dan Kedah.“Bagaimapun, hampir 90 peratus daripadanya dimiliki oleh usahawan bukan Bumiputera,” katanya.

Bagi memenuhi keperluan kursus, GEM juga bercadang membangunkan makmal rumah burung layang-layang walet di Padang Serai, Kedah tahun ini dengan kos RM300,000.“Kami juga akan membangunkan 30 bangunan rumah burung berkonsepkan estet ternakan di kawasan seluas 3.2 hektar di Tanjung Agas, Port Dickson untuk tujuan jualan kepada pelabur yang berminat,” katanya.


Sumber: http://goldenswiftlet.blogspot.com/2008/05/keratan-harian-metro.html

Program Bimbingan Usahawan Muda (PBUM)

Pengenalan

Program Bimbingan Usahawan Muda(PBUM) adalah salah satu Program Belia Niaga khusus untuk belia yang ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan. Belia yang berhasrat untuk memulakan perniagaan akan diberi bantuan insentif tidak melebihi RM 2,000 seorang.

--------------------------------------------------------------------------------

Kelayakan dan Syarat-Syarat

i) Warganegara Malaysia.

ii) Berumur antara 18 hingga 40 tahun.

iii) Menjadi ahli persatuan belia.

iv) Untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan secara sepenuh masa sahaja. Menjalankan perniagaan atau usaha tani secara sambilan tidak layak mendapat bantuan di bawah program ini.

v) Mempunyai kemahiran dalam bidang perniagaan yang diceburi.


--------------------------------------------------------------------------------

Proses Permohonan

i) Mengisi borang KBS/PPM 001-2006 pindaan 1/2008

ii) PBSD membuat melawat/ulasan

iii) Borang yang lengkap perlu dihantar ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri

iv) Pegawai ekonomi membuat ulasan

v) Mesyuarat Jawatankuasa Program Bimbingan Usahawan Muda

vi) Jawatankuasa Program Bimbingan Usahawan Muda adalah terdiri daripada :-
- Pengarah Negeri / wakil
- Pengarah (PE) / Wakil
- Penolong Pengarah Negeri Bahagian Belia
- Setiausaha (Pegawai Ekonomi Negeri)
- Ketua Kerani / Wakil


--------------------------------------------------------------------------------

Soalan-Soalan Lazim

i) Soalan 1
Apa itu Program Bimbingan Usahawan Muda (PBUM)

Jawapan 1

Program Bimbingan Usahawan Muda (PBUM) ialah satu skim bantuan modal kepada usahawan-usahawan muda yang telah dan ingin memajukan diri dalam perniagaan.


ii) Soalan 2
Siapa yang layak menerima bantuan di bawah skim ini?

Jawapan 2
Warganegara Malaysia yang berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun. Telah dan akan memulakan perniagaan.

iii) Soalan 3
Berapa had bantuan?

Jawapan 3
Bantuan sebanyak RM2,000.00


iv) Soalan 4
Bentuk bantuan yang macam mana?

Jawapan 4
Dalam bentuk barangan keperluan berdasarkan permohonan yang dikemukakan melalui borang KBS/PPM 001-2006 pindaan 1/2008 yang boleh dicetak melalui portal ini.

v) Soalan 5
Bagaimana nak dapatkan bantuan?

Jawapan 5
Isi borang permohonan dan kemukakan bersama sebutharga bagi pembelian barangan kepada Pejabat Belia dan Sukan daerah yang berhampiran dimana projek beroperasi.

vi) Soalan 6
Bentuk perniagaan yang bagaimana yang diberikan bantuan?

Jawapan 6
Semua jenis perniagaan yang dibenarkan oleh undang-undang negara dan tidak menyalahi Syariat dan hukum Islam.

vii) Soalan 7
Skim ini untuk bumiputra sahajakah?
Jawapan 7
Tidak. Skim ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun.


Sumber: http://www.mpeb.gov.my/PortalTEB/peniaga.php

Download borang: http://www.mpeb.gov.my/PortalTEB/Dokumen/borang_pbum.pdf

Pakej Mini Fertigasi 10 DIY (Do It Yourself)

Pakej Mini 10 DIY ini boleh dihantar melalui pos. Pakej ini sesuai bagi anda yang ingin menjadikan ruang di rumah anda dipenuhi tanaman sayur atau buah-buahan tanpa perlu mencangkul dan menyiram setiap masa kerana ianya dikawal automatik oleh penyukat masa digital. Ia juga sesuai bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dengan tanaman fertigasi sebelum menjadikannya sebagai tanaman komersil. Anda hanya perlu pastikan bekalan elektrik dan air baja yang mencukupi. Sangat sesuai bagi penduduk bandar yang mempunyai ruang yang kecil untuk bercucuk tanam. Antara tanaman yang sesuai adalah cili, tomato, bendi, timun, rockmelon dan tembikai.


Senarai peralatan adalah seperti berikut:

Set 10 pokok
1 unit pam
10 unit tiub kapilari
16mm polipaip
1 unit klip hujung 16mm
Alas Tanah / Silvershine
1 unit Penyukat masa digital
10 unit polibeg putih 16x16
Set Stok Baja A/B 10 liter
Peat Semaian
Benih Cili
Racun serangga
Kit Manual Mudah

Harga pakej RM160 termasuk penghantaran melalui pos (Semenanjung Malaysia)

Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi: Md Noor ~0132006840



"Tanam Ternak Guna Sendiri!
Jimat Cermat Bina Ekonomi!"

Bicara Tani anjuran MOA at Kuala Pilah



Ahli panel sesi pagi dari Jab Pertanian, Jab Perikanan, Jab Haiwan & Lembaga Perindustrian Nanas M'sia





Sesi penerangan tentang pembiayaan & bantuan oleh Agro Bank, MARDI, LPP & FAMA








File yg dibekalkan kepada peserta








Industi Ikan Hiasan







Produk yang dihasilkan oleh MARDI







Slaid Lembaga Perindustrian Nanas M'sia (LPNM)







Teknologi penghasilan buah-buahan dan sayur-sayuran oleh MARDI








Baka baru ternakan








Penternakan keli dalam kanvas (indoor)






Vermikompos by cacing





USM perintis projek cacing harimau

Oleh: Genie Lim Siew Lin

Universiti Sains Malaysia (USM) bakal memiliki Rumah Cacing (Worm Farm House) sendiri bagi menternak cacing harimau secara komersil yang akan bermula pada awal Mac. USM adalah satu-satunya institut pengajian tinggi di negara ini yang mengusahakan projek cacing harimau ini.
Projek di bawah kendalian Dr Hasnah Md Jais dari Pusat Pengajian Biologi ini mendapat galakan daripada banyak pihak termasuk Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dzulkifli Abdul Razak, Unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), para penyelidik dan enam orang pelajar dari Pusat Pengajian Biologi.
Menurut Dr Hasnah, projek penternakan cacing harimau ini akan memberi satu revolusi baru dalam bidang penternakan dan pertanian.
“Kos bagi projek ini dibiayai dengan kerjasama oleh Sekretariat Kampus Sejahtera USM, pihak swasta, dan juga orang perseorangan yang berminat dengan projek ini. Pihak universiti juga sedang meminta satu geran khas bagi membiayai projek ini daripada pihak kerajaan,” katanya.
Tambah Dr Hasnah, projek cacing harimau itu juga akan dilaksanakan di Pulau Singa Besar, Langkawi yang berkonsepkan eko-pelancongan tidak lama lagi.
“Cacing harimau yang boleh membesar dalam masa dua setengah hingga tiga bulan ini akan dijadikan makanan haiwan ternakan seperti ayam, itik dan ikan.
“Selain itu, najis cacing ini juga boleh digunakan sebagai baja tumbuhan kerana ia semulajadi dan kaya dengan mikronutriens,” jelasnya.
Menurut Dr Hasnah, cacing berkenaan mengandungi zat protein yang tinggi berbanding bijiran soya yang digunakan sekarang. Kacang soya hanya mengandungi 30 peratus protein berbanding cacing harimau yang mempunyai 65 peratus protein.
“Kos penjagaan yang murah dan mudah menyebabkan pihak kami berminat mengendalikan projek ini.
“Namun, penjagaan cacaing harimau ini memerlukan kesabaran kerana ia sensitif terhadap suhu dan kandungan air yang tinggi,” ujar Dr Hasnah.
Tambah beliau, projek itu mendapat sambutan yang baik daripada syarikat-syarikat swasta dan mereka meminta projek ini agar dikomersilkan.